Tips Rajin Melipat Kain Walau Setinggi Gunung.

Kongsikan Kebaikan

.

.

“Malasnya nak lipat kain.

Antara banyak-banyak kerja rumah.

Bab yang satu ni, liat sungguh.”

.

.

Ada ke yang terasa tu?

Jangan risau, kita geng.

.

.

Bila kain dah setinggi Everest.

Hati yang bersemangat waja ini membawa bakul bersama timbunan kain.

Dibawa juga harapan setinggi gunung agar kain-kain tadi akan terlipat dan tersusun rapi di almari.

Diletakkan  bakul di hadapan kaca tv.

Dengan harapan, seronok lah dapat lipat kain sambil menonton rancangan kegemaran.

Mula-mula rancak tangan melipat sama seperti rancaknya adegan drama di tv.

Alih-alih, bila sampai bab konflik.

Mata tajam memerhati.

Tidak sedar tangan sudah berhenti.

Bila habis sahaja drama.

“Aik? Belum surut lagi timbunan kain aku ni.”

Pernah jadi kan?

.

.

Ada kalanya.

Mula-mula semangat nak lipat kain.

Bila buka tv, ada pula movie yang best.

Ha, tolak ketepilah jawabnya bakul kain tu.

.

.

Situasi di atas merupakan episod bersiri buat saya dari dahulu.

Sehinggalah tiga minggu lepas.

Saya dapat tips yang memberitahu untuk mengaktifkan semua deria kita apabila melakukan apa sahaja kerja dalam kehidupan harian kita.

.

.

Banyak sangat aktiviti harian.

Saya kongsikan bab lipat kain dulu ya.

.

.

Dulu:

Lipat kain di hadapan tv.

.

.

Sekarang:

Lipat kain di dalam bilik tertutup.

.

.

Dulu:

Sambil lipat kain, kepala memikirkan banyak perkara.

Fikir apa nak masak kejap lagi, fikir rumah bersepah lagi, fikir perkara yang lepas, fikir masa depan yang tidak tahu lagi bagaimana.

Banyak sangat yang kita fikir.

Kalau fikirkan perkara positif, Alhamdulillah.

Tetapi jika kita fikirkan perkara yang negatif, kita akan jadi cepat letih.

Double letih lah bila kita buat perkara yang kita tidak suka pula (lipat kain).

.

.

Sekarang:

Cuba tumpukan sepenuh perhatian pada kain-kain yang kita lipat.

Lihat satu-satu kain itu.

Sambil lipat, kita zahirkan sekali rasa syukur.

Syukur, keluargaku mampu membeli baju-baju yang pelbagai warna dan corak.

Sambil lipat seluar anak.

Syukur, anakku sempurna sifatnya.

Punya sepasang kaki yang cantik untuk menyarungkan seluar ini.

Sambil lipat baju kerja suami.

Syukur, aku punya suami yang bekerja kuat mencari rezeki yang halal buat kami.

Sambil lipat baju sendiri.

Syukur, baju ini yang aku teringin sangat dahulu.

Sambil lipat baju anak sulung dan anak bongsu.

Ya Allah, dah besar rupanya anak-anakku.

Setiap helai seluar, setiap pasang baju.

Nikmatilah dan amatilah dengan tetliti.

Perasaan lipat kain tidak akan sama lagi selepas ini.

.

.

Dulu:

Lipat kain sambil dengar radio atau tv.

.

.

Sekarang:

Jadikan waktu lipat kain ialah waktu bertenang.

Boleh pasangkan muzik instrumental yang menenangkan.

Ataupun muzik yang berfrekuensi tinggi.

Boleh juga pasangkan apa sahaja audio yang menjadi santapan rohani.

.

.

Dulu:

Lipat kain sebab nak bagi rumah kemas.

Nak bagi anak-anak senang ambil baju.

Nak bagi suami tampak segak untuk ke tempat kerja.

.

.

Sekarang:

Lipat kain ini adalah ibadahku.

Niatkan kerja kita melipat kain itu untuk meraih redha Allah.

Percayalah, hanya dengan merubah niat sahaja.

Kita akan rasa berbeza.

.

.

Ini sahaja tips mudah daripada saya.

Saya dah rasai perbezaannya.

Semoga ia bermanfaat juga untuk kalian.

.

.

4 tips bahagia melipat kain:

  1. Lakukan di bilik tertutup.
  2. Tumpukan sepenuh perhatian dan zahirkan rasa syukur.
  3. Pasang alunan yang menenangkan.
  4. Ini sebahagian ibadahku.

.

.

Selamat mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *