Milo Oh Milo.

Kongsikan Kebaikan

Dua hari lepas Milo tidak sihat.

Tidak aktif seperti biasa.

.

.

Lewat petang itu nampak ada ‘hadiah’ yang ditinggalkan di bilik mandi.

Milo sakit perut rupanya. Cirit-birit.

.

.

Ummi dah mula risau, sebab cirit-birit untuk anak kucing seperti Milo bukanlah benda yang boleh dipandang ringan.

Sudah lewat petang ketika itu.

Vet pun dah nak tutup.

.

.

Ummi ikhtiar titiskan eo Digize ke tapak tangan.

Kemudian sapu pada belakang dan perut Milo.

Sapu sikit sahaja.

Dilayangkan manja-manja sahaja.

.

.

Keesokan paginya ummi tengok Milo dah mula makan seperti biasa.

Tapi ‘mood’ nya belum baik.

.

.

Ummi dah ready untuk ke Vet jika keadaan Milo makin membimbangkan.

Tengahari sikit, Milo dah mula ajak main.

Habis kaki ummi dia gigit.

Itu memang cara dia bergurau.

Main terkam dan gigit manja kaki orang.

.

.

Lega sungguh hati masa itu.

Lega bila anak bulu dah sihat.

Lega juga dapat berjimat.

Maklumlah, kalau terpaksa ke Vet puluhan atau ratusan ringgit juga yang melayang.

.

.

Digize ini sangat terkenal untuk menyokong kesejahteraan perut.

Lihat sahajalah kandungannya.

Di dalamnya ada herba Tarragon, Halia, Pudina, Juniper, Jintan Manis, Serai, Anise dan Nilam.

.

.

Digize ini ada di dalam set PSK.

Bukan kita dan anak-anak sahaja dapat memanfaatkan EO ini.

Rupanya sampai ke anak bulu pun dapat manfaatnya.

.

.

Cuma apabila menggunakan EO pada anak bulu ini, kita perlu lebih berhati-hati kerana EOYL ini sangat pekat.

.

.

Alhamdulillah Milo dah kembali sihat.

Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *