Ada Apa Dengan Northern Lights Black Spruce?

Kongsikan Kebaikan

.

.

Essential Oils Northern Lights Black Spruce atau nama manjanya NLBS merupakan Essential Oils yang sangat terkenal dengan sifat ‘grounding’.

Baunya.

Subhanallah.

Sangat-sangat menenangkan.

Apabila aromanya menyapa.

Seperti di dalam hutan rasanya.

.

.

Jika Frankinsence dihasilkan daripada getahnya.

Rose dihasilkan daripada kelopaknya.

Orange dihasilkan daripada kulitnya.

Lavender dihasilkan daripada bunga dan rantingnya.

NLBS pula dihasilkan daripada keseluruhan pohonnya.

Batang, dahan, ranting dan daunnya yang seperti jarum.

Semuanya sekali dapat kita nikmati.

.

.

Nama pohonnya Black Spruce.

Tetapi kenapa YL menambah ‘Northern Lights’ sebagai nama?

Ini kerana ladang Black Spruce yang terletak di Canada sering menerima kedatangan ‘Aurora’.

Juga dikenali sebagai ‘Northern Lights’ atau ‘Polar Lights’.

Inilah sebab ia digelar ‘Northern Lights Black Spruce’.

Infografik Northern Lights Black Spruce
(sumber YoungLiving. Com)

.

.

Apa kegunaan NLBS ini?

  1. Ia boleh dicampurkan ke dalam syampu.

Ia akan membantu memberikan rasa kulit kepala yang sihat.

  • Baurkan untuk bantu membersihkan udara di rumah atau pejabat.
  • Untuk meningkatkan rasa kekuatan diri, titiskan satu titis ke tapak tangan, gosokkan kedua belah tangan, dan tekupkan pada bahagian hidung dan mulut serta hidu aromanya dalam-dalam.
  • Campurkan dengan  carrier oil V-6, minyak zaitun, minyak kelapa atau apa sahaja carrier oil pilihan dan boleh diurutkan ke seluruh badan untuk memberikan pengalaman yang menyenangkan.
  • Titiskan satu titis pada kulit untuk melembutkan kulit disekelilingnya untuk mengeluarkan selumbar (splinter).

.

.

NLBS ini merupakan bahan utama di dalam:

R.C

Shutran dan

Valor.

.

.

NLBS Farm (sumber YouTube Young Living)

Semasa musim menuai di musim sejuk, ahli Young Living boleh merasakan dan menikmati sendiri bagaimana proses menuai dan proses distilasi dijalankan.

Best kan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *