Essential Oil Lavender Tidak Berkesan.

Kongsikan Kebaikan

Lavender dulu berkesan.

Kenapa sekarang tidak lagi?

.

.

Bau Lavender dulu kuat.

Kenapa sekarang dah tak bau?

.

.

Pernahkah anda menghadapi situasi ini?

.

.

Mengapa Lavender dulu sangat berkesan untuk membantu dalam mendapatkan tidur yang lena.

Namun kini, setelah kerapkali menggunakannya.

Mata masih terkebil-kebil tidak terlelap.

Apatah lagi nak dapatkan tidur yang lena.

.

.

Hal ini berlaku kerana badan sudah mula stabil dengan frekuensi Lavender.

.

.

Frekuensi?

Ya, setiap EO ada frekuensinya yang tersendiri.

.

.

Dan kita semua tahu.

Kita juga mempunyai frekuensi (getaran) kita yang tersendiri.

.

.

Tak fahamlah apa frekuensi ni.

Hmm, macam ni.

Pernah atau tidak kita sedang gembira, mood baik sangat.

Lalu kita masuk ke satu ruang yang ada rakan-rakan lain.

Tiba-tiba kita ‘rasa’ perasaan yang tidak enak “Zupp!” masuk dalam diri.

.

.

Haa, itu petanda frekuensi (getaran) kita tidak sama dengan frekuensi mereka.

Kita tengah ‘happy’ dan bergetar di frekuensi yang tinggi.

Namun bila dikelilingi dengan frekuensi yang rendah, kita akan ‘rasa’ tempiasnnya.

.

.

Berbalik kepada frekuensi EO.

Sesungguhnya setiap tumbuhan yang dijadikan Tuhan bergetar pada ‘nada’ mereka yang tersendiri.

EO yang asli dan tiada langsung campuran bendasing pula ibarat ‘darah’ tumbuhan.

Jadi EO yang berada di dalam botol juga bergetar pada ‘nada’ tersendiri.

.

.

Apabila mula-mula kita kenal dengan EO.

Lavender sering dicadangkan sebagai EO pertama untuk digunakan dan dibaurkan agar badan kita dapat menyesuaikan diri dengan EO.

Molekul Lavender akan mula bekerja dan menyelesaikan isu yang dapat diselesaikan dengan khasiatnya.

Setelah beberapa ketika, Lavender dilihat seperti ‘tidak berkesan’.

Jika dahulu bau Lavender terus terlena.

Tapi kini masih berjaga.

.

.

Dahulu mungkin keadaan badan kita yang tidak dapat relaks yang membuatkan kita sukar untuk lena.

Bila kita menggunakan Lavender, ia dapat membantu badan kita untuk relaks dan kita dapat tidur lena.

.

.

Namun kini mungkin yang membuatkan kita tidak dapat lena adalah isu emosi pula.

Jika bukan Lavender.

Mungkin ketika ini kita perlukan EO yang lain pula.

.

.

Dan satu lagi faktor yang kita perlu tahu.

Badan setiap manusia itu berbeza.

Berbeza bergantung pada gaya hidup.

Gaya pemakanan.

Gaya pemikiran.

Semua ini membezakan kita.

.

.

Jadi mungkin Ali pakai Lavender dia lena.

Abu pula mungkin perlukan Lemon untuk dia lena.

.

.

Terokalah setiap jenis EO yang ada.

Kerana mungkin EO yang tidak kita suka.

Merupakan EO yang paling diperlukan badan kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *