Amarah Adalah Anugerah.

Kongsikan Kebaikan

Tanda kita ini manusia biasa.

Tanda kita manusia normal.

.

.

Kerana itu.

Emosi bukan untuk dipendam.

Disembunyikan.

Ditutup rapat.

Ditanam.

Dibenam atau

Dibiarkan begitu sahaja.

.

.

Baru-baru ini saya membaca terjemahan.

Surah Al-Syu’ara’ (Para Penyair).

Dalam satu muka surat itu sahaja.

Saya jumpa dua jenis emosi.

.

.

Satu tentang kesedihan (dukacita),

Junjungan mulia kita s.a.w

.

.

Satu lagi tentang ketakutan,

Nabi Musa a.s

.

.

Saya terfikir sendiri.

Sedangkan rasul-rasul Allah.

Juga merasakan emosi-emosi ini.

Apatah lagi kita sebagai insan biasa.

.

.

Jadi setiap kali kita rasa,

Marah.

Sedih.

Takut.

Risau.

Gembira.

Menyampah.

Atau apa sahaja yang kita rasa.

.

.

Yang pertamanya,

Kita perlu terima.

Dan ‘acknowledge’ perasaan itu.

“Aku tengah marah ni.”

“Aku sedar aku tengah marah.”

“Marah itu normal.”

.

.

Apa yang kita lakukan ketika marah itu yang penting.

Sama ada kita duduk dan istighfar.

Atau melepaskan rasa itu pada orang lain,

Itulah yang akan menentukan kekuatan kita.

.

.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah.” (HR Bukhari No: 5649)

.

.

Jadi selepas ini.

Setiap kali badai emosi itu tiba,

Terimalah ia dengan baik.

Pulangkan semula rasa itu pada Sang Pencipta.

Kerana kita sebagai hamba.

Hanya bergantung harap padaNya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *