Work With What You’ve Got.

Kongsikan Kebaikan

Bermula dengan apa yang ada di tangan.

Untuk memulakan sesuatu perkara, tak kisah lah apa pun.

Mulalah dengan apa yang kita ada.

.

.

Jika kita ingin berkongsi.

Mulalah  dengan berkongsi  apa yang kita tahu.

.

.

Jika kita ingin berniaga.

Mulalah dengan apa sahaja sumber yang ada di tangan.

.

.

Terkadang segala impian atau perancangan kita tertangguh,

 Dari hari ke minggu.

Dari minggu ke bulan.

Dari bulan ke tahun.

Lama-lama, terkubur begitu sahaja kerana kita menjadikan ianya susah.

.

.

Jika ingin berkongsi ilmu atau pengalaman.

Mulalah berkongsi dari apa yang kita lalui dan ilmu yang kita ada.

Kerana ilmuNYA Maha luas.

Jika kita nak tahu semua baru nak mula berkongsi.

Agak-agak bila waktunya?

.

.

Jika kita ingin memulakan sesuatu perniagaan.

Mulalah dengan apa sahaja sumber yang ada di sekeliling kita.

.

.

Jika anda pandai melukis,

Pensil dan kertas sudah memadai.

.

.

Jika kawasan rumah anda banyak daun kering,

Daripada sapu-sapu dan buang.

Dengan sedikit kreativiti,

Daun yang di anggap sampah tadi boleh menjadi penanda buku.

.

.

Jika anda pandai mengambil gambar yang cantik menggunakan telefon.

Servis mengambil gambar boleh ditawarkan.

.

.

Jika anda pandai memasak.

Masaklah lebih dan boleh dijual pada jiran-jiran.

.

.

Ini sedikit contoh yang mungkin boleh menjadi pencetus idea buat anda.

Saya berkongsi ni kerana saya sedikit terkesan dengan berita sedih yang melanda negara apabila ada dikalangan kita yang membuat keputusan untuk mengambil nyawa sendiri kerana hilang pekerjaan.

.

.

We can go through this.

You can go through this.

.

.

Ingatlah sentiasa,

DIA ada dekat dengan kita.

Mohonlah.

Mintalah.

Rintihlah.

Menangislah.

Kerana DIA Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

#hope

#faith

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *