Tidak Tahu Nak Sapu Essential Oils Di Mana?

Kongsikan Kebaikan

Sapu je EO tu di tapak kaki.

.

.

Selalu sangat kita dengar rakan-rakan oilers kita nasihatkan begini.

Terfikirlah juga, apalah logik disebalik nasihat mereka ini.

.

.

Sekarang barulah saya faham.

Rupanya ditapak kaki kita ada titik refleksologi yang menghubungkan dengan semua organ dan anggota badan kita.

Jadi, bila EO disapukan pada tapak kaki, insya-Allah seluruh badan terutamanya bahagian-bahagian yang sangat memerlukan EO itu dapat manfaatnya.

Vita-Flex Foot Chart- sumber Google

.

.

Titik-titik ini bukan sahaja ada di tapak kaki, malah ada di tapak tangan dan juga cuping telinga.

Teknik Vitaflex, iaitu satu teknik urutan yang sangat mudah dan lembut namun sangat berkesan (dengan izin Allah) boleh diaplikasi pada titik-titik ini bersama EO.

Vita-Flex Ear Chart-sumber Google
Vita-Flex Hand Chart-sumber Google

.

.

Iya betul, ada titik-titik tertentu untuk organ-organ tertentu.

Nak hafal semua maklum sahajalah kan. Hehe.

Jadi, lebih senang sapu ratakan keseluruh tapak kaki sahaja.

Senang citer.

.

.

Jadi selepas ini jika kita dengar orang kata sapu sahaja EO di tapak kaki.

Dah tahulah sebabnya kenapa.

.

.

Oh ya, ada satu tips untuk kita mudah ingat fungsi titik-titik ini.

Jika kita rapatkan dan tegakkan tapak kaki kita.

Itulah keseluruhan badan kita.

Bahagian tulang belakang di tengah-tengah.

Bahagian otak dan kepala di ibu jari.

Begitulah seterusnya.

.

.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *