.
Ini antara persoalan yang akan bermain di fikiran apabila
Kita penat
Kita lelah
Kita buntu
Kita sesak
Kita lemas
Kita hilang
Kita kosong
.
Cukupkah sekadar
Pergi kerja balik kerja
Cukupkah sekadar
Menyediakan perlindungan dan memberi nafkah
Cukupkah sekadar
Mengemas dan memasak saban hari
Cukupkah sekadar
Solat lima waktu tanpa menghayati
.
Untuk menasihati, saya bukan ahli
Untuk menegur, saya juga masih banyak yang perlu diperbaiki
.
Apa yang sama-sama kita boleh lakukan
Saban hari
Tanpa henti
Sehinggalah nyawa di ambil kembali
.
Hadirkan ‘DIA’ di setiap langkah
Hadirkan ‘DIA’ di setiap waktu
Hadirkan ‘DIA’ di setiap ketika
.
Kerana hakikatnya kita dijadikan adalah untuk kembali padaNya.
.
Raihlah redhaNya
Dambakan cintaNya
Semoga kita semua bersatu kembali di Syurga.
#selfreminder

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.