Kita Sedut Molekul Tidak Bahaya Ke?

Kongsikan Kebaikan

.

.

Molekul ini sebenarnya ada di sekeliling kita.

Cuma kita tidak nampak dengan mata kasar sahaja.

Bayangkan jika Allah izinkan kita melihat semua molekul-molekul ini, kita tidak akan mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Sedangkan nampak habuk di lantai pun kita elak.

Apatah lagi molekul-molekul yang beterbangan dan kita sedut ke dalam badan kita.

Nak elak?

Silap-silap tidak bernafas kita.

.

.

Sebenarnya, ketika kita mengupas buah oren, kita juga sedang menyedut molekul-molekul daripada buah oren itu.

Sedap sungguh bau buah oren yang segar baru dikupas. (Ada yang kecur air liur ke tu? Hehe)

.

.

Apabila kekasih hati menghadiahkan bunga mawar merah yang segar, kita pula menerima dengan senyuman lebar sambil cium bau wangi daripada mawar itu.

Hakikatnya kita juga menyedut molekul-molekul daripada si mawar tadi.

.

.

Perut tengah berkeroncong, sekali ada bau yang sangat sedap datang dari rumah jiran.

Bau sambal tumis yang mengancam menusuk bukan sahaja ke hidung.

Malah terus ke qalbu.

.

.

Itu belum cerita musim durian.

Jiran selang dua biji rumah yang memborong.

Bau durian singgah hingga ke rumah kita.

.

.

Maknanya, apa sahaja yang ada bau itu mempunyai molekulnya yang tersendiri.

Jadi, minyak wangi, sabun basuh baju, syampu, sabun badan, sabun mop lantai itu semua ada jugalah molekul-molekul ini kan?

Kita pula menyedut molekul-molekul ini dan ia pergi ke ‘Olfactory bulb’ dan sampai ke bahagian otak.

Bagaimana agaknya keadaan otak kita apabila terlalu banyak molekul-molekul merbahaya buatan manusia ini berjalan beramai-ramai ke otak kita?

.

.

Oleh itu kita perlu ambil tahu.

Bahan apa sebenarnya yang kita sapukan ke badan.

Bahan apa sebenarnya yang kita hidu hari-hari.

.

.

Adakah ia asli ciptaan Tuhan.

Atau ia adalah bahan kimia yang mungkin ada iras baunya sahaja.

Namun hakikatnya ia dicipta di makmal.

.

.

Saya tidaklah pakar dalam bab-bab komponen kimia ini.

Saya membaca untuk menambah ilmu dan berkongsi dari sudut pandang saya pula.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *