.
.
Sebenarnya, untuk tubuh kita memberi respon terhadap sesuatu EO itu mengambil masa diantara 22 saat hingga 20 minit.
.
.
Biar betul?
22 saat?
.
.
Iya, betul.
Ia hanya mengambil masa 22 saat untuk EO berfungsi ketika kita menggunakannya secara aromatik.
Iaitu dengan cara menghidu secara terus daripada botol EO atau membaurkannya.
.
.
Hanya 2 minit diperlukan untuk EO yang digunakan secara topikal berada di dalam salur darah.
(Topikal merupakan sapuan pada kulit dan bahagian badan)
.
.
Dan pada minit ke 20, setiap sel dalam tubuh badan kita akan dapat manfaatnya.
.
.
Sekarang terjawablah kenapa bila kita bau sesuatu EO itu, ia membuatkan kita rasa sangat tenang dan gembira.
Kerana EO berfungsi dengan sangat cepat.
Ada juga yang menerima reaksi sebaliknya.
Ada yang pening, loya dan menangis terus pun ada.
.
.
Ha, bab ini insya-Allah saya akan kongsikan pada posting lain pula.
.
.
Berapa cepat EO berfungsi?
22, 2, 20 adalah nombor magiknya.
Semoga bermanfaat.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.