Selalu kita dengar tentang Infak.
Sering kita dengar tentang manfaat Sedekah.
Kerapkali Ustaz mengingatkan tentang kewajipan Zakat.
.
.
Hari ini saya terbaca tentang ketiga-tiganya.
Panjang huraian dan perinciannya.
Semuanya terkandung di dalam Quran itu sendiri.
Pada surah yang terpanjang.
Surah Al-Baqarah.
.
.
Bermula pada ayat 161 mukasurat 44.
Allah menceritakan tentang kelebihan menginfakkan harta dijalan Allah.
“Seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai.”
“Tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji.”
.
.
Pada Ayat 162.
Melarang perbuatan mengungkit-ungkit.
Melarang kita menyakiti atau menyinggung perasaan Si Penerima.
Diakhir ayat ini menyatakan.
Tidak ada kebimbangan pada Si Pemberi.
Dan tidak pula Si Pemberi tadi berdukacita.
Baru saya faham.
Kenapa kita disuruh bersedekah ketika ditimpa musibah.
.
.
Ayat 163.
Memberitahu bahawa menolak permintaan peminta sedekah
Dengan perkataan yang baik-baik
Adalah lebih baik daripada sedekah yang diiringi
Perbuatan atau perkataan yang menyakiti hati.
Ayat ini mengajar kita agar mejaga tutur kata
Dan juga menjaga adab kita ketika dihampiri peminta sedekah.
Usahlah kita herdik mereka.
Jika memang tidak mahu memberi.
Tolak saja dengan gelengan dan senyuman.
.
.
Pada Ayat 264.
Allah memberi peringatan.
Agar jangan kita rosakkan sedekah kita
Dengan perkataan membangkit-bangkit
Seperti rosaknya pahala sedekah mereka yang membelanjakan hartanya
Kerana hendak menunjuk-nunjuk (riak)
Analogi yang Allah beri dalam ayat ini
Perbuatan riak ini ibarat batu licin
Yang terdapat debu di atasnya
Lalu batu itu ditimpa hujan yang lebat
Dan tinggallah batu itu bersih licin.
Demikianlah perbuatan mereka yang kafir dan riak.
Mereka tidak mendapat satu pahala pun
Daripada apa yang mereka usahakan.
.
.
Ada ketika kita nak bersedekah.
Tetapi singgah lintasan hati.
Hadir juga kegusaran jiwa.
Bahawa nanti duit kita tidak akan cukup.
Dalam Ayat 268 Allah terangkan.
“Syaitan itu menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan”
“Dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bakhil dan kedekut)”
Kita lihat apa jaminan Allah,
“Sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya”
“Dan (ingatlah) Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui.”
Ini janji Tuhan.
Ini jaminan Tuhan.
.
.
Seringkali kita dengar kelebihan Infak dan Sedekah.
Tapi bila terbaca sendiri tentangnya dalam Qalamullah.
Lain sungguh rasanya.
Terbit kesedaran di dalam jiwa.
.
.
Benarlah pesan Ustaz.
Quran jangan hanya dibaca.
Quran perlu difahami juga.
Dan yang paling penting.
Jadikan Quran sebagai cara hidup kita.
.
.
Saya bukan Ustazah.
Saya bukan mahu bersyarah.
Saya hanya berkongsi.
Apa yang terdetik di hati.
Dan juga pesanan buat diri ini.
.
.
Semoga bermanfaat.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.