.
.
Apa perasaan anda jika itu adalah perkataan yang menyambut kedatangan anda ke seminar bisnes?
Saya sendiri nyaris angkat kaki.
.
.
Hujung minggu lalu, saya direzekikan menghadiri seminar dua hari bersama Hasbul Brothers.
Dua beradik ini telah berjaya mengejutkan ramai usahawan di luar sana agar bangun dari lena yang panjang.
.
.
Bisnes ini penuh ranjaunya.
Bisnes ini ada pahitnya.
Bisnes ini sejenis sukan lasak.
Bisnes ini tidak semua mampu melakukannya.
.
.
Namun ianya tidaklah mustahil.
Asalkan kita punya ilmu yang betul.
Asas yang kukuh.
Akar yang kuat.
Agar kita tidak goyang.
Agar kita tidak tumbang jika ada badai yang datang melanda.
.
.
Tiga perkara asas yang perlu ada pada setiap usahawan ialah:
Growth mindset.
Perlu ada sikap, tabiat, rutin untuk sentiasa melakukan sesuatu yang lebik baik.
Sentiasa mencari jalan bagaimana untuk menambahbaik bisnes.
Abah pernah berpesan,
“My dear, in business you only have TWO options”.
“Either you Grow or you DIE”.
Awareness.
Perlu sentiasa ada kesedaran bahawa segala usaha penambahbaikan bisnes kita itu dilakukan dengan cara yang Allah swt suka.
Bukan dengan jalan yang mengundang kemurkaanNya.
Humility.
Perlu sentiasa rendah hati dan jauhi sifat sombong.
Kerana tiada apa yang kita akan dapat mahupun belajar jika tiada kerendahan hati.
Ibarat menuang air ke dalam cawan yang penuh.
Sia-sia belaka.
.
.
Banyak juga momen-momen sentap.
Dan guru berpesan, pada perkara yang sentap itulah yang patut diubah.
Salah satu momen sentap saya,
“Kejar kekayaan seperti sahabat nabi. Jangan bab kaya sahaja yang kita mahu ikut. Pastikan bab TAKWA seiring juga”.
.
.
Semoga sedikit perkongsian saya ini dapat memberi manfaat pada sahabat-sahabat #usahawanbangsapejuang yang lain.
.
.
Berguru dengan #HasbulBrothers ini kita diberikan semua kelengkapan, ilmu dan strategi untuk terus bertindak.
Ibarat coach sudah melatih kita dengan cukup dan sudah bawa kita ke balapan.
Sekarang bergantung pada usaha dan tindakan kita.
Nak pecut.
Nak berlari.
Nak berjalan.
Nak merangkak.
Hatta nak mengensot pun.
Buatlah.
Asalkan bergerak.
Asalkan berubah.
Asalkan berkembang.
.
.
Bukan untuk diri kita.
Tapi untuk insan yang kita sayang.
Untuk mereka yang perlukan bantuan.
Untuk ummah agar kita sentiasa kuat.
“Erti hidup pada memberi”.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.