.
.
“Dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain.”
.
.
Seringkali kita dengar ungkapan ini dilafazkan.
Yang selalu kita kaitkan ungkapan ini dengan zakat, infaq dan sedekah.
.
.
Namun hari ini Allah tunjukkan bahawa hadiah dan ada kalanya ‘hak’ kita juga sebenarnya terselit rezeki insan lain.
.
.
Minggu lalu sepatutnya saya menghadiri satu kelas jualan yang saya teringin sangat nak masuk.
Saya grab tiket super early bird untuk secure seat saya.
.
.
Tetapi apabila tiba tarikh yang sepatutnya, Allah izin saya tidak dapat masuk kelas.
Saya terus teringatkan seorang sahabat saya.
Lantas saya mesej beliau, last minute sangat-sangat.
Malam ini mesej, kelasnya esok pagi.
.
.
Respon beliau buat saya kelu seribu bahasa.
Beliau kata,
“Saya baru terdetik semalam tentang kelas ini, bila Hasiah bagi, sebak pula…”
.
.
Saya balas padanya.
“Memang daripada awal rezeki kelas ini tertulis untuk awak nampaknya.”
Waktu itu saya sedar, sejak dari awal Allah sudah aturkan kelas itu untuknya.
Saya ini perantaranya sahaja.
Bila Allah sudah tetapkan, pusinglah ke mana sekalipun, tetap akan menjadi miliknya.
.
.
Hari ini pula,
Saya dikejutkan dengan mesej bahawa hadiah yang saya kirimkan pada sahabat dua minggu lepas, telah selamat sampai.
Walaupun perjalanan hadiah itu agak jauh.
Posmen tiba di rumah yang tiada penghuni.
Patah balik ke pusat pengumpulan.
Uruskan semula untuk penghantaran kali kedua.
Alhamdulillah akhirnya sampai juga pada empunya badan.
.
.
Hadiahnya biasa sahaja.
Sebuah buku nota yang tertulis kata-kata nan indah.
.
.
Semasa membelek-belek sebuah untuk diri sendiri.
Mata saya terarah pada sebuah buku lagi.
Bait-bait katanya sangat mempesona.
Saya tidak mampu meletakkannya semula kerana muka sahabat saya yang seorang ini asyiklah bermain di fikiran ketika saya meneliti buku itu.
Lantas saya buat keputusan untuk membeli dan hadiahkannya.
.
.
Baru sebentar tadi beliau beritahu.
Dia sebenarnya betul-betul inginkan buku nota itu.
Beliau sudahpun membeleknya di kedai buku.
Namun atas sebab perlu mendahulukan keinginan keluarganya.
Beliau memadamkan hasrat untuk membelinya.
.
.
Hari ini,
Buku yang diidamkan berada di genggaman.
.
.
Indah sungguh aturan rezeki yang Allah kurniakan.
Rezeki terbesar yang saya rasa sekarang ialah kegembiraan dan kebahagiaan sahabat-sahabat saya.
Nilainya jika diukur dengan helaian wang kertas mungkin sangat sedikit.
Tetapi nilai ‘rasa’ yang Allah beri di dalam hati.
Merupakan nilai yang saya sangat-sangat syukuri.
.
.
Betul sungguh bagai di kata.
Rezeki itu hadir bukan dalam wang ringgit semata.
Rezeki itu sangat luas tafsirannya.

Seorang anak, isteri dan ibu kepada tiga orang puteri. Juga seorang usahawan yang mempunyai jiwa yang kental serta tak mudah berputus asa.